REFLEKSI DALAM KAJIAN TINDAKAN
Amalan refleksi dalam kalangan guru adalah
sangat penting sebagai asas bagi menggerakkan guru untuk menyelidik, menyiasat
dan memperbaiki amalan pengajaran masing-masing. Refleksi membolehkan guru
membuat perubahan, inovasi dan pembaharuan untuk tujuan penambahbaikan atau
peningkatan profesionalisme guru.
DEFINISI REFLEKSI
Refleksi adalah proses di mana pengetahuan
dibina berdasarkan proses mengingat kembali (secara terarah), memikir dan
mempertimbangkan serta membuat penilaian terhadap pengalaman daripada
perbuatan, tindakan dan amalan yang dilakukan. Oleh itu, refleksi memerlukan
pertimbangan yang berhati-hati atau panjang atau pemikiran yang dibuat dengan
sistematik dan rasional.
REFLEKSI DALAM PENDIDIKAN
Guru perlu menjadi pemikir yang reflektif.
Guru yang baik adalah guru yang reflektif, responsif terhadap perubahan emosi
dan keperluan pendidikan setiap seorang daripada pelajarnya.
TUJUAN REFLEKSI DALAM KAJIAN TINDAKAN
Refleksi dalam kajian tindakan dilaksanakan
sebagai alasan untuk menggerakkan seseorang itu untuk mengkaji amalan sendiri
dan seterusnya cuba membuat perubahan supaya amalan tersebut dapat diperbaiki
atau dipertingkatkan. Ia bertujuan untuk guru:
i.
Menilai amalan pengajaran kendiri dan membaiki
serta mempertingkatkannya.
ii. Menilai kesesuaian strategi pengajaran dan
bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan.
iii. Meningkatkan keinginan mengkaji dan
memperjelaskan peranan serta nilai peribadi berkaitan secara berterusan.
iv.
Menghuraikan penjelasan tentang pelajar,
interaksi bilik darjah serta proses pengajaran dan pembelajaran.
Refleksi dalam kajian tindakan bermanfaat
untuk:
i.
Menjadi pengukur keperluan pelajar.
ii.
Meningkatkan kecekapan guru.
iii.
Melihat kembali matlamat pendidikan,
pengajaran dan pembelajaran
iv.
Memilih kaedah dan bahan pengajaran yang lebih
baik
v.
Melihat kembali dan objektif yang hendak
dicapai
Menurut Dewey
(1933), sikap yang perlu ada untuk menjadi seorang yang berfikiran
reflektif adalah:
i.
Berfikiran terbuka
ii.
Kesungguhan
iii.
Bertanggungjawab
Seseorang yang berfikiran reflektif mempunyai
kesediaan melihat sesuatu masalah dari pelbagai perspektif dengan penuh
kesungguhan dan tanggungjawab. Sebagai pengjkaji, soalan-soalan berikut perlu
bagi memupuk fikiran reflektif sebagai suatu usaha untuk sentiasa berada di
landasan yang betul sepanjang melakukan kajian tindakan.
i.
What am i doing?
ii.
Why am i doing?
iii.
What other way can do it?
iv.
How does it work?
v.
Can i do it again or another way?
Refleksi juga penting untuk kreativiti
manusia. Ia bertujuan dan berfokus apabila diamalkan setiap hari, menjadi satu tabiat
minda yang membolehkan manusia untuk terus memperbaiki dan membuat sebaik
mungkin. Refleksi akan membebaskan diri daripada terperangkap dalam andaian
sendiri dan bertindak terburu-buru serta membantu untuk belajar daripada
kesilapan sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan