FRIENSTER STYLE

Rabu, 1 April 2015

Sejarah Kajian Tindakan


Sejarah Kajian Tindakan
Asal usul kajian tindakan selalu dikaitkan dengan kerja-kerja Kurt Lewin (1880-1947) di Amerika Syarikat. Kurt Lewin dikatakan sebagai orang yang mula-mula menggunakan perkataan action research (kajian tindakan), iaitu kira-kira dalam tahun 1934. Pada pertengahan tahun 1940-an, beliau dikatakan telah membentuk teori kajian tindakan dan menjelaskan bahawa kajian tindakan ialah:
“...proceeding in a spiral of steps, each of which is composed of planning, action and other evaluation of the result of action.”
                                                                                                (Kemmis & McTaggert, 1990:8)
           
Seterusnya, Lewin menyarankan untuk memahami dan mengubah amalan-amalan sosial tertentu, iaitu ahli-ahli sains sosial perlu melibatkan pengamal dari dunia sosial sebenar dalam semua fasa inkuiri (McKernan (1991). McKernan (1996), menjelaskan bahawa perkembangan kajian tindakan di Amerika Syarikat banyak dipengaruhi oleh sejarah dan falsafah seperti berikut:

a.       Gerakan sains dalam pendidikan pada abad ke-19 dan awal abad ke-20  di mana metod saintifik telah digunakan dalam pendidikan. Buktinya adalah melalui penulisan buku tentang penggunaan metod saintifik dalam pendidikan oleh penulis-penulis seperti Alexander Bain, Richard G.Boone, dan yang paling menonjol adalah buku hasil tulisan Burdette Ross Buckingham yang bertajuk Research For Teachers.
b.      Pemikiran pendidikan eksperimentalis dan progresif, terutama kerja-kerja John Dewey yang menggunakan metod induktif saintifik penyelesaian masalah sebagai logik untuk menyelesaikan masalah dalam bidang-bidang seperti estetika, falsafah , psikologi dan pendidikan.
c.       Gerakan dinamik kelompok dan psikologi sosial dan latihan hubungan kemanusiaan yang bergerak dalam abad ke-19 untuk menangani masalah sosial era tersebut melalui inkuiri sosial kualitatif. sekali lagi, gerakan ini digunakan dalam tahun 1940-an untuk menangani masalah berkait dengan hubungan antara kelompok, prasangka kaum dan pembangunan kaum dan pembangunan semula sosial, kesan bahang Perang Dunia ke-2 pada masa itu. Penyelidik yang banyak terlibat pada masa ini adalah Kurt Lewin (1880-1947).
d.      Asal usul kajian tindakan selalu dikaitkan dengan kerja-kerja beliau di Amerika Syarikat. Bagi beliau, penyelidikan yang diperlukan untuk mengkaji amalan sosial adalah lebih sesuai dicirikan sebagai penyelidikan untuk pengurusan sosial atau perekayasaan sosial (social engineering). Ia merupakan satu jenis kajian tindakan yang meneliti keadaan dan kesan pelbagai bentuk tindakan sosial. Asas kepada model Lewin adalah penyelidikan mengandungi gelungan tindakan termasuk analisis, pengumpulan fakta, konseptual, perancangan, pelaksanaan dan penilaian tindakan.
e.       Tahun 1950-an dan 60-an, kajian tindakan digunakan dalam penyelidikan industri yang berkembang dalam kalangan penyelidik di Massachusetts Institute of Technology di Amerika dan di Tavistock Institute di United Kingdom.
f.       Aktiviti perkembangan kurikulum rekonstruksionis pasca parang di Amerika Syarikat melibatkan penulis-penulis rekonstruksionis sosial pasca perang menerajui dan mempopularkan penggunaan kajian tindakan dalam pendidikan.
g.      Stephen Corey (Corey, 1953) adalah penulis yang menerajui gerakan ini dan beliau percaya kajian tindakan boleh mengubah dan meningkatkan amalan kurikulum secara signifikan sebab pengamal sendiri menggunakan hasil kajian dalam kajian dan amalan mereka.

Di United Kingdom, kajian tindakan berkembang dalam pembaharuan kurikulum serta perkembangan profesionalisme dalam pengajaran (Elliott, 1991) dan di Australia, kajian tindakan berkembang dalam gerakan-gerakan ke arah perancangan kurikulum secara kolaboratif (Kemmis, 1990).
      Di Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)  telah berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan lagi perkembangan kajian tindakan EPRD telah pun memulakan inisiatif untuk membudayakan kajian tindakan di sekolah melalui aktiviti Penyelidikan Pendidikan yang diletakkan di bawah Programme for Innovation, Excellence and Research (PIER) -  sub program 4. Program ini telah bermula pada tahun 1993 hingga 1996 di bawah tajaan bank dunia.
      Program ini dimulakan dengan mengadakan kursus-kursus kajian tindakan kepada guru di seluruh Malaysia serta menyediakan peruntukan untuk menjalankan projek kajian tindakan di sekolah-sekolah. Setakat tahun 1998, terdapat sebanyak 741 projek kajian tindakan  (Madzniyah, 1998), berjaya dilaksanakan oleh guru-guru sepanjang program PIER.
      Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar di bawah  program Kesedaran Sains telah memberi penekanan kepada kajian tindakan dengan memberikan peruntukan khas kepada EPRD dari tahun 1998 hingga 2000 untuk membolehkan aktiviti kajian tindakan dilaksanakan. Sehingga kini, telah banyak kajian tindakan dijalankan oleh guru di sekolah dan hasil kajian tindakan telah dilaporkan dalam konvensyen kajian tindakan yang diadakan setiap tahun anjuran Jabatan Pendidikan Negeri.


1 ulasan:

  1. Titanium Athletics - ITIAN ARTICLES
    The TIGERIAN TIGERIAN TIGERIAN titanium dive watch TIGERIAN TIGERIAN TIGERIAN TIGERIAN ecm titanium TIGERIAN titanium block TIGERIAN TIGERIAN 2020 escape titanium TIGERIAN TIGERIAN TIGERIAN TIGERIAN babyliss titanium flat iron TIGERIAN TIGERIAN TIGERIAN TIGERIAN

    BalasPadam