MODEL KAJIAN TINDAKAN
Terdapat banyak model kajian tindakan yang
dikeluarkan oleh pengkaji. Namun begitu, Kemmis, Elliott dan Ebbutt telah
mengemukakan model yang lebih formal, preskriptif dan lari daripada konsep asal
yang dikemukakan oleh Lewin. Menurut Kemmis, beliau mengemukakan kajian
tindakan berasaskan konsep asal Lewin, tetapi dia mengembangkannya dengan
membuat penambahan.
Pada dasarnya, Elliot bersetuju dengan
langkah-langkah dan gelungan berurutan yang dikemukakan oleh Kemmis. Namun
begitu, Elliot mengembangkan lagi model Kemmis bagi membolehkan aliran yang
lebih lancar berlaku antara tahap-tahap yang terdapat dalam proses kajian
tindakan.
Perkembangan selanjutnya, terdapat beberapa
model kajian yang dikemukakan oleh penyelidik di United Kingdom, Amerika
Syarikat dan Autralis. Di UK, Bridget Somekh (1989), mengembangkan langkah
kajian tindakan dengan lebih terperinci. Di Australia, Stringer (2004), mencadangkan
prosedur dan proses kajian tindakan sebegini.
Berdasarkan
model yang dibincangkan, jelaslah bahawa prosedur dan proses kajian tindakan
adalah mengikut proses atau gelungan langkah, dijalankan oleh satu kumpulan
yang berusaha bersama-sama untuk membuat perubahan dan peningkatan amalan dan
situasi kerja sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan