GURU SEBAGAI PENYELIDIK
Menurut Stenhouse (1975) dalam Nor’ashiqin
Mohd Idrus dan Jamilah Omar (2012: 10), guru yang hendak merealisasikan
aspirasi pedagogi mereka perlu menganggap diri mereka sebagai penyelidik. Dalam
budaya menyelidik, guru bukan sahaja terlibat dalam inkuiri, tetapi guru dan
pihak-pihak lain secara kolaboratif perlu mencari kefahaman yang lebih baik
tentang kefahaman dan persekolahan bagi meningkatkan kualiti pengalaman
persekolahan dan membangkitkan minat dan nikmat intelektual melalui penelitian
ke atas masalah sebenar dalam tugas seharian.
Bagi
memastikan budaya menyelidik terus wujud dan dikekalkan di sekolah, usaha,
komitmen dan penghargaan yang berterusan perlu ada. Hal ini demikian kerana,
kejayaan sesuatu budaya menyelidik di sesebuah sekolah banyak bergantung pada
budaya sekolah yang menyokong aktiviti-aktiviti inkuiri.
KAJIAN TINDAKAN DAN PERKEMBANGAN
PROFESIONALISME
Melalui kajian tindakan , guru akan dapat
melihat bahawa kerja mengajar bukan sesuatu yang rutin. Strategi yang digunakan
oleh guru bergantung pada situasi dan konteks. Tidak ada satu strategi yang
sesuai digunakan untuk semua kelas, murid atau konteks. Tanggungjawab dan
jangkaan guru sebagai seorang profesional ialah:
- Melakukan kerja yang bukan rutin dan melakukannya secara kreatif.
- Memperkembangkan pelbagai perspektif semasa membuat keputusan.
- Memainkan peranan signifikan dalam menghasilkan pengetahuan dan celika akal yang memacu profesion ke hadapan.
- Dipertanggungjawabkan mengguna dan mengamalkan amalan-amalan yang terbaik.
Kajian tindakan ialah kajian pengamal yang boleh
digunakan untuk meningkatkan amalan profesional dalam pelbagai bidang
pekerjaan. Kajian pengamal ialah kajian yang dilakukan oleh individu terhadap
amalannya. McNiff, Lomax dan Whitehead percaya bahawa kajian tindakan yang
dilakukan dengan baik boleh menyumbang kepada perkembangan kendiri,
penambahbaikan amalan profesional, meningkatkan keberkesanan institusi dan
memberi sumbangan kepada kebaikan masyarakat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan