Semoga video kajian tindakan ini memberi manfaat kepada semua..
Blog Cikgu Diyana
Khamis, 2 April 2015
Rabu, 1 April 2015
Pengumpulan Data dalam Kajian Tindakan
Proses pengumpulan data
Ia melibatkan proses iaitu di mana dan
bagaimana data hendak di kumpul, membuat pemerhatian terhadap sesuatu yang
sedang berlangsung, merekod, mengumpul, memilih, mengasing data dan memahami bila ia akan digunakan.
Proses ini adalah bertindih-tindih, pengkaji perlu sentiasa merujuk kepada
persoalan dan objektif kajian. dalam proses mengumpul data, pemantauan tindakan
atau amalan yang dilakukan oleh pengkaji adalah suatu yang penting daripada hanya
mengambil data. Ia melibatkan beberapa perkara seperti berikut:
- Mengumpul data berkaitan amalan atau tindakan yang dapat didokumenkan dengan jelas untuk menyatakan apa yang sebenarnya berlaku.
- Data di interpretasi untuk membolehkan pengkaji dapat memperihalkan jangkaan penjelasan mengenai apa yang berlaku.
- Pengkaji perlu menilai apa yang telah dilakukan untuk membuat perancangan bagi tindakan selanjutnya.
Memantau amalan dan tindakan bermakna menjana
data sebagai asas kepada proses proses refleksi dan penilaian terhadap apa yang
berlaku dan merancang tindakan selanjutnya, ia adalah prinsip kepada kajian
tindakan yang dibincangkan dalam unit-unit sebelum ini. Sebahagian daripada
tindakan tersebut adalah tindakan pengkaji sendiri dan sebahagian lagi dilakukan
oleh orang lain.
Amalan dan tindakan yang dilakukan adalah
tumpuan kepada keseluruhan proses pengumpulan data. Ia adalah amalan dan
tindakan yang melambangkan sama ada pengkaji komited kepada nilai peribadi dan
bidang profesional. Ia diambil oleh pengkaji untuk mencapai persoalan dan
objektif kajian yang dibina oleh pengkaji sendiri. Pengkaji memerlukan satu
cara yang sistematik dalam mengumpul data. Data yang di kumpul berguna kerana
ia dapat membantu memberikan gambaran keseluruhan bagi sesuatu kajian.
KAEDAH UTAMA PENGUMPUL DATA
Kaedah untuk mengumpul data perlulah sesuai
dengan objektif kajian. antara kaedah yang boleh digunakan ialah:
- Pemerhatian
- Temu bual
- Data dokumen
- Soal selidik
- Ujian
- Senario
- Catatan jurnal
PEMERHATIAN
Pemerhatian ialah proses meneliti, melihat
berdasarkan objektif yang dibina, situasi atau kejadian secara kritikal. Ia
sesuai digunakan untuk mengamati tingkah laku pelajar berdasarkan objektif atau
pemboleh ubah berdasarkan objektif kajian. pelaksanaannya adalah secara
sistematik kerana semasa pengkaji membuat pemerhatian dalam masa yang sama
perlu membuat kajian lapangan. Nota lapangan ini adalah hasil pemerhatian yang
dilakukan oleh pengkaji. Ia boleh dalam bentuk nota deskripsi, peta minda atau
di rekod oleh pengkaji dengan menggunakan pita rakaman. Pemerhatian
dilaksanakan dengan membuat catatan tentang apa yang berlaku semasa proses
pengajaran dan pengajaran.
Senarai
semak perlu disediakan sebelum pemerhatian dilakukan supaya lebih berstruktur.
Pemerhatian boleh juga dilakukan dengan menggunakan pita rakaman video, pita
rakaman audio, kamera atau telefon bimbit yang mempunyai fungsi merakam video
dan audio. Ia mestilah dilakukan dengan sebaik mungkin dan pengkaji tidak boleh
terpengaruh dengan tingkah laku subjek semasa menjalankan pemerhatian.
Data
pemerhatian merupakan sumber yang penting untuk melengkapkan maklumat yang
diperoleh melalui pengutipan data dengan kaedah yang lain. Melalui pemerhatian,
banyak maklumat dapat diperoleh dengan lebih cepat. Penyediaan soalan sebelum
melakukan pemerhatian adalah penting kerana menerusi soalan-soalan pemerhatian,
pengkaji dapat mengumpul banyak maklumat ke atas masalah. Semasa membuat
pemerhatian, catatan akan di rekod menggunakan borang pemerhatian dan ia boleh
dilakukan dalam dua cara iaitu:
i.
Rekod pemerhatian secara berstruktur
ii.
Rekod pemerhatian secara tidak berstruktur
Pemerhatian Berstruktur
Ia adalah pemerhatian secara bersemuka. Hasil
pemerhatian dapat dilihat secara terus d dalam bilik darjah. Aspek yang
diperhatikan dikenal pasti terlebih dahulu. Pengkaji memerhati, mendengar dan
merekod maklumat berdasarkan set aktiviti yang telah dikenal pasti. Pemerhatian
berstruktur dilakukan dengan menggunakan senarai semak yang telah dibina
berdasarkan objektif kajian. dalam pemerhatian berstruktur, pengkaji telah
jelas mengenai aspek-aspek yang hendak dipatuhi. Untuk tujuan tersebut,
pengkaji perlu menyediakan kod bagi perkara yang hendak diperhati.
Pelajar
|
Skala
|
|||||
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
%
|
|
Aida Binti Mad
|
||||||
Mastura Binti Hasan
|
Pemerhatian Tidak Berstruktur
Pemerhatian tidak berstruktur dilakukan tanpa
merujuk kepada set aktiviti atau aspek yang telah dikenal pasti secara khusus.
Namun begitu, pengkaji perlu menentukan fokus pemerhatian, iaitu perlakuan
guru, tingkah laku pelajar, bahasa badan semasa pengajaran dan pembelajaran,
seorang pelajar atau sekumpulan pelajar dan pergerakan dalam bilik darjah.
Pengkaji juga perlu menentukan tingkah laku yang ada kaitan dengan isu yang
dikaji. Pada mulanya, pengkaji mungkin tidak tahu apa yang hendak dikaji namun
selepas membuat pemerhatian, barulah pengkaji mendapat maklumat. Pengkaji bebas
mencatat mengikut kesesuaian mereka.
Merekod Pemerhatian
Pemerhatian boleh direkod ketika sedang
mengajar. Namun begitu, kaedah ini mungkin menyusahkan kerana guru tidak
mungkin dapat menjadi pemerhati dalam masa yang sama perlu berhubung sepenuhnya
dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji boleh membuat catatan dan
refleksi. Cara ini mungkin lebih baik dalam kaedah catatan lapangan kerana
pengkaji merekod pemerhatian selepas sesi persekolahan.
Senarai Semak Pemerhatian
Pengkaji perlu menyediakan senarai semak
sebelum pemerhatian dibuat. Senarai semak pemerhatian boleh digunakan dalam
proses pengumpulan data. Pemerhatian dilakukan bersama dengan senarai semak
agar pemerhatian dan pengumpulan data berfokus. Kompilasi data yang begini
boleh digunakan untuk mengumpul data terkini atau mengesahkan sesuatu
perlakuan. Senarai semak yang dibuat mestilah mempunyai integriti, keesahan,
nilai dan relevan terhadap isu untuk data yang hendak dikumpulkan.
Pembinaan Senarai Semak untuk Pemerhatian
- Kenal pasti perkara yang hendak diperhatikan.
- Apakah aspek-aspek dan tentukan kriteria untuk aspek tersebut. Pastikan ia menjelaskan perlakuan yang hendak diperhatikan. Semak kriteria aspek dengan standard yang telah ditentukan.
- Reka alat untuk mengumpul data. Gunakan alatan semasa membuat pemerhatian.
- Jadualkan data senarai semak yang telah dikumpulkan.
TEMU BUAL
Kaedah temu bual adalah kaedah pengutipan dat
yang melibatkan interaksi bersemuka antara penyelidik dengan responden. Temu
bual juga boleh dilaksanakan melalui telefon. Temu bual ialah kaedah terbaik
untuk mendapatkan maklumat daripada informan secara mendalam. Informan bagi
temu bual terdiri daripada pelajar, rakan sejawat, pihak pentadbir dan ibu
bapa. Mereka perlu ditemu bual untuk mengetahui persepsi, pendapat dan sikap
mereka terhadap kajian yang dijalankan. Temu bual boleh dilakukan secara
individu atau berkumpulan kecil. Temu bual perlu dijadikan transkripsi,
kategori dan tema.
Jenis-jenis Temu Bual
- Temu bual secara informal – berbual atau bersoal jawab secara tidak formal tentang masalah yang dihadapi.
- Temu bual secara semi berstruktur – soalan utama disediakan dan soalan susulan berdasarkan jawapan informan.
- Soalan berstruktur – sediakan soalan yang jelas kepada permasalahan yang hendak dikaji.
DATA DOKUMEN
Pengumpulan data melalui dokumen dapat
memberikan maklumat yang relevan kepada isu dan masalah yang dikaji. Dokumen
adalah sumber paling mudah kepada pengkaji kerana maklumat yang dikehendaki
telah sedia ada dan ia boleh memberi maklumat yang berguna dan boleh menjadi
bukti kepada perkara yang hendak dikaji. Kebiasaannya data dokumen adalah dalam
bentuk manuskrip yang dapat menjelaskan makna (perkara yang hendak dikaji)
secara lebih mendalam, teliti dan sistematik. Penyelidik harus sentiasa membuat
semakan bagi mengumpulkan maklumat yang betul. Contoh dokumen yang boleh digunakan
ialah:
- Diari atau jurnal, kertas peperiksaan dan ujian.
- Tugasan dan latihan pelajar
- Transkripsi jawapan peperiksaan atau ujian
- Catatan minit mesyuarat
- Bahagian-bahagian di dalam buku teks, modul atau buku rujukan
- Keputusan peperiksaan bulanan, semester dan peperiksaan awam
- Buku teks dan buku rujukan
- Rekod pencapaian
- Sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran
- Buku rancangan mengajar harian
- Kertas peperiksaan dan ujian bulanan
- Gambar foto
- Minit mesyuarat panitia
- Jadual kedatangan murid
Sampel kerja pelajar seperti latihan khusus,
projek, tugasan, jawapan peperiksaan boleh dijadikan sumber maklumat untuk
melihat perkembangan pelajar.
SOAL SELIDIK
Soal selidik kerap digunakan oleh pengkaji.
Cara ini paling mudah untuk memperoleh data yang diperlukan bagi membolehkan
pengkaji mengetahui keadaan sebenar tentang isu-isu pengajaran dan
pembelajaran. Soal selidik yang dibina mestilah menepati objektif atau masalah
yang dikaji. Soal selidik yang dibina mestilah menepati objektif atau masalah
yang dikaji. Bentuk soalan adalah terdiri dari:
- Soalan tertutup
- Skala Likert
- Soalan terbuka
UJIAN
Ujian merupakan kaedah yang digunakan untuk
mengutip data bagi menilai dan mengesan kefahaman pelajar terhadap sesuatu
pelajaran yang telah dipelajari. Ia boleh dijalankan secara lisan atau
bertulis. Ujian digunakan untuk membandingkan prestasi pelajar sebelum dan
selepas sesuatu ujian dilakukan. Terdapat dua jenis ujian iaitu ujian pra dan
ujian pos. Kedua-dua set soalan mestilah berbeza. Suasana kedua-dua mestilah
tidak terlalu berbeza. Keputusan yang diperoleh daripada ujian boleh menjadi
satu indikator yang baik tentang pencapaian atau penguasaan terhadap sesuatu
kemahiran atau pengetahuan yang telah diajar kepada pelajar. Jika keputusan
ujian pos menunjukkan peningkatan yang signifikan berbanding ujian pra, maka
objektif kajian tercapai.
SENARIO
Senario ialah pengumpulan data berdasarkan
situasi yang dialami oleh pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
CATATAN JURNAL
Catatan jurnal adalah rekod yang anda simpan
untuk mencatat dan merekod tindakan, amalan dan refleksi terhadap tindakan dan
amalan. Dalam catatan jurnal juga direkodkan refleksi semasa mengumpul data dan
apa yang dapat dipelajari oleh pengkaji. Ia sangat bermakna untuk membezakan
dan turut memperjelaskan dan memperihal tindakan pengkaji.
CABARAN DALAM PROSES PENGUMPULAN DATA
Pengkaji perlu sentiasa menyusun, mengasing
dan menyimpan data. Data yang di kumpul adalah untuk tujuan mendapatkan
bukti-bukti terhadap kajian yang dilakukan. Proses pengumpulan data mungkin
mengambil masa yang panjang. Pengkaji perlu mempunyai rekod yang lengkap dan
arif mengenai lapangan di mana data di kumpul. Pengkaji juga mungkin sukar
untuk mendapatkan kerjasama daripada informan dan terlibat dengan perkara yang
mengekang proses pengumpulan data. Hal ini demikian kerana, ada kalanya data
yang di kumpul sangat berguna dan ada data yang di kumpul terlalu banyak dan
tidak berfokus. Teknik penyimpanan data yang pelbagai perlu lebih sistematik
bagi memastikan data boleh diulang semak dan boleh diambil untuk tujuan kesahan
dan kebolehpercayaan kajian.
PERINGKAT MELAKUKAN REFLEKSI DALAM KAJIAN
TINDAKAN
Dalam sesuatu kajian tindakan, refleksi boleh
dilakukan sepanjang masa. Walau bagaimanapun, refleksi perlu dilakukan dalam
tiga peringkat yang penting iaitu peringkat sebelum kajian, semasa kajian dan
selepas kajian.
Peringkat Sebelum Kajian
sebelum kajian tindakan dimulakan, amalan yang
telah dilakukan perlu diingat kembali dan direnungkan. Perlu difikirkan apakah
masalah dalam amalan tersebut, mengapakah ia berlaku dan bagaimana masalah itu
boleh ditangani. Analisis amalan tersebut dan fikirkan tindakan yang
bersesuaian yang perlu dilakukan supaya amalan itu boleh diperbaiki. Apakah
strategi yang sesuai boleh digunakan dan bagaimanakah menggunakannya adalah
perkara yang juga penting difikirkan dalam peringkat ini. Persoalan-persoalan
ini dapat membantu pengkaji dalam menggubal objektif kajian.
Peringkat Semasa Kajian
Semasa pengumpulan dan penganalisisan data,
refleksi perlu dilakukan. Pada peringkat ini perlu disemak adalah strategi yang
difikirkan sebelum ini sesuai digunakan untuk mengumpul data. Sekiranya tidak
sesuai, strategi yang lain boleh digunakan. Dalam masa yang sama, perlu
difikirkan kaedah yang sesuai untuk menganalisis data supaya objektif kajian
dapat dicapai.
Peringkat Selepas Kajian
Refleksi sangat penting dilakukan selepas
menjalankan kajian tindakan. Perubahan yang berlaku terhadap amalan sebelum
perlu di sintesis. Nilai kembali kesan tindakan yang telah diambil supaya
rumusan boleh dilaksanakan dan tindakan susulan boleh dirancang. Refleksi pada
peringkat ini akan melengkapkan gelung kajian tindakan yang pertama. Sama ada
perlu beralih kepada gelung kajian tindakan yang seterusnya bergantung pada
refleksi pada peringkat ini.
HASIL REFLEKSI
- Memberi pengkaji kefahaman baharu tentang kejayaan atau kegagalan beliau terhadap pengajaran dan pembelajaran.
- Membantu pengkaji memahami mengambil tindakan pemulihan atau pengayaan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.
- Membantu pengkaji memahami persekitaran keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran.
- Merubah persepsi pengkaji terhadap diri, sikap dan pengetahuan tentang bidang, teknik, pendekatan, strategi dan juga kemahiran.
- Menjadikan pengkaji lebih peka, sentiasa positif dan percaya kepada sesuatu yang sentiasa boleh diubah, dibaiki dan dipertingkatkan seiring dengan perubahan sama ada dari aspek persekitaran, bilik darjah, pelajar, pentadbir atau pengurusan.
Refleksi dalam Kajian Tindakan
REFLEKSI DALAM KAJIAN TINDAKAN
Amalan refleksi dalam kalangan guru adalah
sangat penting sebagai asas bagi menggerakkan guru untuk menyelidik, menyiasat
dan memperbaiki amalan pengajaran masing-masing. Refleksi membolehkan guru
membuat perubahan, inovasi dan pembaharuan untuk tujuan penambahbaikan atau
peningkatan profesionalisme guru.
DEFINISI REFLEKSI
Refleksi adalah proses di mana pengetahuan
dibina berdasarkan proses mengingat kembali (secara terarah), memikir dan
mempertimbangkan serta membuat penilaian terhadap pengalaman daripada
perbuatan, tindakan dan amalan yang dilakukan. Oleh itu, refleksi memerlukan
pertimbangan yang berhati-hati atau panjang atau pemikiran yang dibuat dengan
sistematik dan rasional.
REFLEKSI DALAM PENDIDIKAN
Guru perlu menjadi pemikir yang reflektif.
Guru yang baik adalah guru yang reflektif, responsif terhadap perubahan emosi
dan keperluan pendidikan setiap seorang daripada pelajarnya.
TUJUAN REFLEKSI DALAM KAJIAN TINDAKAN
Refleksi dalam kajian tindakan dilaksanakan
sebagai alasan untuk menggerakkan seseorang itu untuk mengkaji amalan sendiri
dan seterusnya cuba membuat perubahan supaya amalan tersebut dapat diperbaiki
atau dipertingkatkan. Ia bertujuan untuk guru:
i.
Menilai amalan pengajaran kendiri dan membaiki
serta mempertingkatkannya.
ii. Menilai kesesuaian strategi pengajaran dan
bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan.
iii. Meningkatkan keinginan mengkaji dan
memperjelaskan peranan serta nilai peribadi berkaitan secara berterusan.
iv.
Menghuraikan penjelasan tentang pelajar,
interaksi bilik darjah serta proses pengajaran dan pembelajaran.
Refleksi dalam kajian tindakan bermanfaat
untuk:
i.
Menjadi pengukur keperluan pelajar.
ii.
Meningkatkan kecekapan guru.
iii.
Melihat kembali matlamat pendidikan,
pengajaran dan pembelajaran
iv.
Memilih kaedah dan bahan pengajaran yang lebih
baik
v.
Melihat kembali dan objektif yang hendak
dicapai
Menurut Dewey
(1933), sikap yang perlu ada untuk menjadi seorang yang berfikiran
reflektif adalah:
i.
Berfikiran terbuka
ii.
Kesungguhan
iii.
Bertanggungjawab
Seseorang yang berfikiran reflektif mempunyai
kesediaan melihat sesuatu masalah dari pelbagai perspektif dengan penuh
kesungguhan dan tanggungjawab. Sebagai pengjkaji, soalan-soalan berikut perlu
bagi memupuk fikiran reflektif sebagai suatu usaha untuk sentiasa berada di
landasan yang betul sepanjang melakukan kajian tindakan.
i.
What am i doing?
ii.
Why am i doing?
iii.
What other way can do it?
iv.
How does it work?
v.
Can i do it again or another way?
Refleksi juga penting untuk kreativiti
manusia. Ia bertujuan dan berfokus apabila diamalkan setiap hari, menjadi satu tabiat
minda yang membolehkan manusia untuk terus memperbaiki dan membuat sebaik
mungkin. Refleksi akan membebaskan diri daripada terperangkap dalam andaian
sendiri dan bertindak terburu-buru serta membantu untuk belajar daripada
kesilapan sendiri.
PROSES DAN PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN
PROSES DAN PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN
Prosedur dan proses kajian tindakan
menggunakan pendekatan dan kaedah kuantitatif dan kualitatif, iaitu menggunakan
salah satu atau kedua-duanya sekalu dalam satu kajian. reka bentuk kajian
tindakan merupakan prosedur yang sistematik dalam mengumpul dan menganalisis
maklumat, seterusnya mengambil tindakan yang sesuai untuk meningkatkan amalan
serta pengurusan sesuatu tugasan pengajaran dan pembelajaran.
Pada
awalnya Lewin telah menjelaskan berkaitan kajian tindakan yang mengandungi
langkah perancangan, tindakan, pemerhatian dan penilaian hasil tindakan. Proses
kajian tindakan bermula dengan idea umu yang menekankan bahawa adanya
peningkatan atau perubahan dalam kerja dan amalan adalah diperlukan.
Seterusnya, kumpulan dibentuk untuk menjelaskan dan mengkaji masalah yang
dikenal pasti.
PROSES KAJIAN TINDAKAN
Terdapat pelbagai bentuk kajian tindakan yang
boleh dijalankan. Walaupun bentu kajian adalah berbeza, namun setiap bentuk
kajian perlu mempunyai ciri am yang sama, iaitu kajian tindakan yang
dilaksanakan dalam bentuk gegelung yang merangkumi langkah-langkah seperti
berikut:
Langkah 1: tinjauan awal, iaitu mengenal pasti
masalah dan memahami masalah.
Langkah 2: merancang tindakan.
Langkah 3: pelaksanaan tindakan pemerhatian
dan analisis data.
Langkah 4: melakukan penilaian dan refleksi
Langkah 5: sekiranya perlu masuk semula ke
gelung ke dua dengan merancang semula.
Proses
dalam kajian tindakan akan berulang sehingga ia mantap dan dapat mencari jalan
penyelesaiannya.
PENJELASAN TENTANG LANGKAH-LANGKAH DALAM
KAJIAN TINDAKAN
Langkah 1: Tinjauan awal
a. Mengenal pasti masalah
Masalah kajian pada asasnya dimulakan dengan
persoalan atau tumpuan utama kepada penyiasatan yang akan dijalankan. Dalam
mengenal pasti masalah, ia melibatkan persoalan seperti yang berikut:
i.
Apa yang kita hendak ketahui?
ii.
Apakah soalan-soalan yang boleh ditanya untuk
memahami masalah tersebut?
iii.
Apakah (individu, artifak, amalan dan
lain-lain) yang hendak dikaji?
iv.
Mengapakah masalah atau persoalan tersebut
penting?adakah ia merupakan persoalan yang signifikan dan akan menyumbang
kepada bidang atau amalan?
v.
Adakah masalah boleh dikaji berdasarkan
sumber-sumber yang ada?
Oleh itu, sesuatu masalah atau persoalan
kajian itu perlulah:
i.
Ditulis dengan jelas dengan menggunakan bahasa
yang tidak terlalu teknikal atau serta dapat merangsang minat pembaca.
ii.
Skopnya cukup kecil supaya mudah diurus.
iii.
Diletakkan dengan baik dalam konteks teori dan
penyelidikan semasa.
iv.
Masalah yang memerlukan tindakan segera di mana
masalah tersebut merupakan keutamaan daripada dua atau lebih masalah yang telah
dikenal pasti.
v.
Penyelesaian masalah itu sangat penting.
vi.
Data dapat dikutip dengan cepat dan mudah
dalam apa jua situasi.
vii.
Bidang kajian berada di dalam ruang lingkup
kuasa anda.
Contoh refleksi yang dibuat
oleh seorang pensyarah yang boleh dijadikan masalah serta fokus kajian.
“...walaupun dalam kursus ini pelajar diberi
pendedahan dalam membuat pemilihan kata kerja berdasarkan kepada Taksonomi
Bloom dalam penulisan RPH (Rancangan Pengajaran Harian), namun dalam penulisan
persediaan mengajar mereka tidak dapat menggunakan kata kerja yang tepat
seiring dengan aktiviti yang mereka rancang. Akibat daripada itu hasil
pembelajaran yang hendak dicapai tidak jelas.”
Oleh itu, saya akan fokuskan
kepada kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar, iaitu:
a. Kesilapan penggunaan kata kerja.
b. Kegagalan membuat perkaitan antara aras pencapaian dalam aktiviti dan hasil
pembelajaran yang hendak dicapai.
c. Penulisan hasil pembelajaran tidak secara komprehensif.
b. Memahami masalah
b. Memahami masalah
Setelah masalah kajian telah dikenal pasti, langkah
seterusnya ialah memahami dan mengetahui tentang masalah tersebut secara lebih
terperinci. Maklumat perlu di kumpul dengan menggunakan pelbagai cara untuk
mengetahui dan memahami masalah dengan lebih baik. Antara contohnya ialah
dengan mengadakan ujian, temu bual atau menganalisis dokumen berkaitan seperti
rekod kemajuan pelajar, keputusan ujian atau dokumen yang berkaitan dengan
permasalahan kajian yang hendak dijalankan. Setelah maklumat tersebut telah
dianalisis, kita akan dapat mengetahui tentang punca masalah tersebut dan dapat
membuat perancangan tindakan yang lebih sesuai untuk mengatasinya.
Langkah 2: Merancang tindakan
Dalam perancangan tindakan, perkara-perkara
berikut boleh dipertimbangkan. Antaranya:
i.
Tentukan matlamat cadangan tindakan.
ii.
Mengapa tindakan itu diambil
iii.
Senaraikan tindakan yang perlu diambil dan
nyatakan bentuknya seperti aktiviti, bahan, tanggungjawab dan tugas.
Perancangan kajian tindakan merupakan
pemikiran tentang tindakan-tindakan yang akan dijalankan bagi masalah yang
telah dikenal pasti dan difahami. Langkah-langkah berikut:
i.
Menulis penyataan fokus kajian.
ii.
Definisikan pemboleh ubah yang berkaitan.
iii.
Bentuk soalan kajian.
iv.
Jelaskan intervensi atau inovasi atau
aktiviti-aktiviti yang dicadangkan.
v.
Jelaskan rakan-rakan pengkaji yang akan
terlibat.
vi.
Jelaskan perundingan yang perlu dijalankan.
vii.
Bina garis masa kajian.
viii.
Nyatakan sumber-sumber yang boleh dan akan
digunakan.
ix.
Nyatakan idea-idea tentang pengumpulan data.
x.
Nyatakan cara-cara pemantauan perubahan,
penilaian perubahan sama ada formatif atau sumatif.
xi.
Nyatakan keperluan-keperluan lain seperti
bahan rujukan, kewangan, kemudahan, kelengkapan, tenaga dan masa.
Sebagai contoh, sekiranya masalah yang hendak
dikaji berkaitan dengan ‘pelajar tidak berminat belajar,’ sudah tentu
perkara-perkara yang hendak diketahui lebih lanjut adalah seperti berikut:
i.
Pelajar manakah yang tidak berminat?
ii.
Apakah yang mereka lakukan selain daripada
belajar?
iii.
Adakah mereka tidak berminat membuat perkara
yang sama atau yang berbeza?
iv.
Adakah pada masa, topik-topik tertentu atau
mata pelajaran tertentu sahaja yang menunjukkan mereka kurang berminat?
v.
Apakah bentuk-bentuk perlakuan yang
menunjukkan mereka tidak berminat belajar?
Soalan-soalan di atas boleh membantu
menjelaskan lagi bentuk masalah yang dikaji.
Langkah 3: Menjalankan tindakan, iaitu
pemerhatian dan analisis data.
Perkara yang dirancang perlu dilaksanakan
untuk melihat keberkesanannya. Kumpulan akan memastikan segala yang dirancang
dilaksanakan. Ada pihak yang terlibat dalam melaksanakan rancangan dan ada pula
yang terlibat dalam mengumpul data untuk mengesan keberkesanan tindakan yang
dibuat. Sekiranya apa yang dirancang adalah satu sesi pengajaran, maka perlu
ada ahli kumpulan yang melaksanakan pengajaran yang ada yang memerhatikan
pengajaran untuk mengumpul maklumat yang diperlukan. Terdapat pelbagai cara boleh
dilakukan untuk mengumpul data dan ia bergantung pada keperluan kajian.
contohnya:
i.
Bahan-bahan dokumentasi seperti kerja pelajar
dalam bentuk projek atau kerja rumah, minit mesyuarat, rekod kedatangan
pelajar, skor ujian bulanan, rekod keputusan peperiksaan dan sebagainya.
ii.
Rakaman video atau audio mengenai pengajaran
dan pembelajaran dalam kelas, luar kelas, pelaksanaan program kokurikulum.
iii.
Nota yang dibuat hasil temu bual dengan
pelajar.
iv.
Foto dan gambar menunjukkan kegiatan yang
dikaji.
v.
Catatan buku diari dan nota-nota pelajar.
vi.
Ujian bertulis dan soal selidik kepada
pelajar.
Langkah 4: Melakukan penilaian dan refleksi.
Refleksi bermaksud melihat sama ada terdapat
perubahan dan adakah perubahan tersebut disokong oleh data yang diperoleh. Guru
perlu mengkaji dan meneliti data berkenaan dengan cermat. Guru perlu membuat
analisis dengan menyemak data untuk mencari perkara-perkara yang di luar
jangkaan. Penilaian refleksi boleh dijalankan oleh pengkaji atau bersama rakan
pengkaji melalui perbincangan. Satu proses yang penting dalam tahap ini adalah,
refleksi melibatkan analisis, sintesis, interpretasi, memperjelas dan membuat
kesimpulan.
Brookfield
(1995) menyatakan bahawa proses refleksi adalah melibatkan seseorang itu aktif
mengimbas kembali segala permasalahan yang dihadapi dan berusaha
mempertimbangkan segala kemungkinan yang akan berlaku serta bertungkus-lumus
mencari jalan bagi menyelesaikan segala permasalahan tersebut. Oleh itu,
refleksi boleh diperjelaskan bahawa refleksi ialah tindakan yang bertujuan dan
berhati-hati melalui penilaian secara kritikal yang melibatkan pengujian
strategi seseorang untuk memberi respons kepada sesuatu situasi atau tindakan.
Langkah
menilai dan refleksi juga melibatkan pengambilan keputusan tentang apa yang
berlaku seperti melihat semula fokus kajian, kekangan yang terdapat dalam
situasi, pencapaian dan limitasi langkah pada tindakan pertama,
mempertimbangkan kesannya (termasuk kesan yang tidak dijangka dan kesan
sampingan), dan mula memikirkan implikasinya untuk tindakan pada masa depan.
Langgan:
Catatan (Atom)